MY ALL TIME FAV SONG - & I LOVE U SO

August 28, 2008

Cucu Baru


"Cik Na.. Nash dah dpt anak" ni lah kata2 dari anak sedara pukul 3 pagi 26Aug "Kenapa lah tak tunggu 31Aug??" KF plk jawab.. anyhow ni gambar cucu # 2 KF.. & cicit lelaki pertama mak KF.


Nama belum ada lagi, yg pasti dah ckp dgn Nash nama2 mcm S-i--l, A---r,N---b tak boleh bahaya.. ha3..


Cute tak cucu baru KF??Mesti hensem mcm Tok Mummy dia he3.... Bertambah lah budget duit raya tahun ni (KOPAK) nasib ada simpanan RAYA..
Isha plk tak boleh di manjakan lagi krn dia pun akan dapat adik lagi 2-3minggu ni... Yang Mak KF plk tak sabar2 nak naik ke KL, suruh naik flight sendiri dia tak berani... payah lah...

August 27, 2008

MD-MD

Ni mmg tak tau apa nasib... by next month kena duduk sebilik dgn MD & sebelah dia plk tu..
eee tak tau nak kata apa, bala, balaq, hikmah, promotion(ni tak nak, responsibility ooo) , naik gaji (ni best) ?? exam hari tu semua nya pass mark plk 89, 95, 78 ... tak sangka otak yg di rasanya berkarat mcm teh tarik masih ok lagi...
Tp yg pasti & kebenaran yg sah TAK NAK DUDUK SEBELAH MD!!!!!!!

August 25, 2008

Batuk-Batuk

So very sorry, I still busy with work & still coughing like mad.. after being hspt for 2days they still can't find what wrong with me.. hem Terra dah pelbagai di cuba.. rasanya yg belum cuma rendam kan diri sendiri dlm ubat batuk aje... yg best nya Director pun batuk, dia kata sbb air-con di office so skr ni bila kita berdua ada meeting kita akan pilih tempat yg tak dekat dgn air-con, tapi kadang2 tak dapat plk sbb mmg dah di tempatkan utk duduk di situ... urgh.. my sis kata jgn makan rambutan, pulasan dll tp bila dah ternampak esp pulasan tu tangan mmg gatal aje petik & makan akibatnya mlm tak bolh tidur dgn selesa ada aje terbatuk2..tu yg dada rasa sakit sangat2..

Anyhow I do miss all of you while in the ward & particular me mmg takut bila tinggal seorg2.. esp kalau kat rumah all the lite will be on, jd masa kat ward to TV lah jd mangsa kena on aje spanjang masa mlm hari, entah apa2 show lah, adakalanya tv tgk KF. Entah kenapa sejak dari tertengok cerita "I know what U did last Summer" "Nang Nak" & "Exorsis" sampai skr tak berani lagi nak tgk cerita hantu eee TAKUT, but kalau hantu yg kelakar tu ok plk..

Walau apa2 pun to the rest stay healthy & jgn lah makan byk pulasan mcm yg telah terjadi pada KF ni.. serik.... but don't know why I really do miss my dad so much now...

August 21, 2008

WORLD IS UR MIRROR & SELAMAT BERPUASA

Sorry guys were too bz after discharge from Hosp the work load is getting tons, anyhow would like to share this word with all of you :-

WORLD IS YOUR MIRROR
The world is your mirror and your mind is a magnet.
What you perceive is in this world is largelya reflection of your own attitudes and beliefs.
Life will give you what you attract with your thoughts.Think, act and talk negatively and your world will be negative. Think,act and talk with enthusiasm and you will attract positive results.
By Michael LeBeu

I think the above word is suited for those who are always in down mood or not forgiving to oneself,,, I know its not easy but lets think positive & work toward a better future

To all my frenz it will be abt 1 week to Ramadhan, ni ada beberapa peringatan :
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan - Oleh Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman,

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kurang keperihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudian. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa .. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

SALAM BUAT KEKAWAN SEMUA DI SINI JUA INGIN MENGUCAPKAN "SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA BULAN YANG MULIA INI ". JIKA ADA ATAU TIADA KESALAHAN PADA KEKAWAN , SILA MAAFKAN SAYA


Terra kubur ayahda nak kena basuh/kemas dulu minggu ni jd nanti nak dekat raya cantek ajee.. ..

August 11, 2008

AUGUST


Don't know why but come Aug, I will miss & think about my dad so very much.. dad's birthday is on 12Aug, wonder what will he be if he is still alive??
My dad pass away in an accident 10years back & my greatest regret is that he's not able to enjoy the reap my success, till today I will weep in silence when I think about this...
To all of you out there who are still with parents, do treasure them deeply as without them who are we??I really do salute the Japs they really take care of their parents, my MD himself sacrifice his wife & children are back in Tokyo to look after their parents while he is alone here for about 15years already.... (Great sacrifice from someone who is still young right? my MD is only 40)
Aug is also our nation birthday, we should also think deep in our thought where are we now.. where are we heading & are we truly independent?
I will not be around for sometime... to all my frenz out there stay cool, happy & cheers always...

aRcHiVe